Sunday, 1 July 2012

Sekadar perkongsian...




Soalan 1           :  “Apakah yang paling dekat dengan diri kita...?”

Imam Ghazali  :  “Perkara yang paling dekat dengan diri kita adalah mati, sebab itu adalah janji Allah s.w.t. bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.”

Soalan 2           :  “Apakah yang paling jauh dari diri kita...?”

Imam Ghazali  :  “Perkara  yang paling jauh dari diri kita adalah masa lalu ( masa lalu tidak akan kembali semula ), kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan mendatang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.”

Soalan 3           :  “Apakah yang paling besar...?”

Imam Ghazali  :  “Paling besar ialah nafsu. Maka kita harus berhati-hati dengan mainan nafsu. Jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.”

“Biarlah kita yang mengawal nafsu tapi jangan biarkan kita dikawal oleh nafsu...”

Soalan 4           :   “Apakah yang paling berat...?”

Imam Ghazali  :  “Paling berat adalah memegang dan melaksanakan amanah. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung-ganang dan malaikat tidak mampu ketika Allah s.w.t. meminta mereka untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini akan tetapi manusia dengan bongkaknya menerima permintaan Allah sehinggakan ramai diantara manusia nanti akan masuk ke dalam neraka kerana tidak mampu melaksanakan amanah.” “Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang ; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir  tidak akan melaksanakannya ( berat ) lalu dipikullah amanat itu oleh manusia. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh.”(  Surah al-Ahzab : 72 )

Soalan 5           :  “Apakah yang paling ringan...?”

Imam Ghazali  :  “Perkara yang paling ringan sekali adalah meninggalkan solat, samada kerana pekerjaan dan kerjaya ataupun yang lain, kita terus meninggalkan solat.”



Soalan 6          :   “Apakah yang paling tajam...?”

Imam Ghazali  :  “Yang paling tajam sekali ialah lidah manusia kerana melalui lidahlah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan perasaan saudaranya sendiri.”




Diharapkan kita dapat mengambil pengajaran daripada catatan yang tak seberapa ini. Sekadar peringatan buat diri sendiri juga.


p/s :  Receive this message from Azhan , my colleague..terima kasih azhan kerana sudi berkongsi :)

  

No comments:

Post a Comment